8.0 PENAWETAN MAKANAN (8.1.4) bahagian 2

Tajuk: Pengawetan Makanan
Objektif:
pada Akhir Pembelajaran ini murid dapat
- Menjelaskan dengan contoh kaedah pengawetan makanan serta mengaitkan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan seperti;
> Pembungkusan vakum
> Penjerukan
dan
> Penyejukbekuan
(bahagian 2)

Pembelajaran:
1. Terdapat 11 cara/teknik untuk mengawet makanan
2. Hari ini murid akan mengetahui  3 daripada 11 teknik mengawet makanan, iaitu
- Pembungkusan vakum
- Penjerukkan
- Penyejukbekuan

a) Pembungkusan Vakum;
- Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan.
- Ketiadaan udara menyebabkan bakteria dan kulat tidak boleh bertumbuh dan membiak.
- Contoh: kacang, kerepak, buah-buahan, sosej, cendawan.



b) Penjerukkan;
- Proses merendam makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.
- Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam makanan, menjadikan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh atau membiak.
- Contoh makanan: buah-buahan dan sayur-sayuran.


c) Penyejukbekuan
- Kaedah menyimpan makanan pada suhu takat beku (00C) dan ke bawah.
- Contoh makanan: ikan, sotong, ayam dan daging.







Soalan/Pentaksiran:
Sila jawap soalan dibawah;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdTyGzeElZ6bHZpgDZUwM9NvtzBRpsEXC3WmwtbL8Q1MeHXsA/viewform?usp=sf_link