8.0 PENAWETAN MAKANAN (8.1.4) bahagian 3

Tajuk: Pengawetan Makanan
Objektif:
pada Akhir Pembelajaran ini murid dapat
- Menjelaskan dengan contoh kaedah pengawetan makanan serta mengaitkan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan seperti;
> Pengetinan dan pembotolan
> Pempasteuran
> Pemasinan
> Penyalaian
> Pelilinan

Pembelajaran:
1. Terdapat 11 cara/teknik untuk mengawet makanan
2. Hari ini murid akan mengetahui  5 daripada 11 teknik mengawet makanan, iaitu
> Pengetinan dan pembotolan
> Pempasteuran
> Pemasinan
> Penyalaian
> Pelilinan

a)  Pengetinan dan pembotolan
- Proses mendidihkan makanan untuk membunuh mikroorganisma.
- Makanan kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.
- Pemanasan pada suhu didih dapat membunuh kebanyakan bakteria aktif tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.
- Contoh makanan: ikan, daging, ayam, buah, dan sayur-sayuran.

b) Pempasteuran
- Proses pemanasan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera.
- Contoh makanan: susu dan jus buah-buahan.
c) Pemasinan
- Menggunakan garam bagi menyingkirkan kelembapan pada makanan.
- Contoh makanan: ikan, telur, sayur-sayuran, buah-buahan dan daging.


d) Penyalaian
- Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.
- Boleh membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.
- Contoh makanan: ikan dan daging.


e) Pelilinan
 - Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.
- Dapat mengekalkan kesegaran buah.


Sila tonton video ini:
> https://www.youtube.com/watch?v=CMsxTl9QO2I

Tugasan:
1. Sila ambil gambar 3 jenis makanan yang telah melalui proses pengawetan makanan(3 kaedah pengawetan makanan)
2. Sila nyatakan proses pengawetan makanan digunakan bagi setiap makanan itu.
3. pastikan gambar adalah asli (gambar diambil sendiri)
4. Hantar ke no. whatsapp cikgu untuk disemak.

Terima kasih
cg. dlim