8.0 PENAWETAN MAKANAN (8.1.4) bahagian 1

Tajuk: Pengawetan Makanan
Objektif:
pada Akhir Pembelajaran ini murid dapat
- Menjelaskan dengan contoh kaedah pengawetan makanan serta mengaitkan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan seperti;
> Pengeringan
> Pendidihan
dan
> Pendinginan
(bahagian 1)

Pembelajaran:
1. Terdapat 11 cara/teknik untuk mengawet makanan
2. Hari ini murid akan mengetahui  3 daripada 11 teknik mengawet makanan, iaitu
- pengeringan
- pendidihan
- pendinginan

a) Proses pengeringan:
- Kaedah mengeluarkan atau menyingkirkan kebanyakan air daripada makanan
- Makanan boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari atau ketuhar
- Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan mati atau menjadi tidak aktif
- Contoh: Ikan kering, asam gelugur, mihun kering, sotong.






b) Pendidihan;
- Proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi.
- Suhu yang tinggi membunuh kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan fungi.
- Makanan boleh tahan lebih lama apabila bakteria dan fungi dibunuh.






c) pendinginan;
- Kaedah menyimpan makanan di dalam persekitaran bersuhu kurang dari 180C.
- Suhu rendah menyebabkan mikroorganisma kurang aktif dan lambat bertumbuh serta membiak.
- Contoh makanan: Sayur-sayuran, buah-buahan, telur dan susu.





Soalan dan pentaksiran:
Sila jawap soalan melalui link dibawah.
https://forms.gle/dmNaAaJy2sxnwfie7

Terima kasih dan jumpa lagi