1. Tajuk:
Cara pembiakan Haiwan
2. Objektif:
pada Akhir Pnp ini Murid dapat mengelaskan Haiwan yang membiak secara berterlur dan melahirkan anak
3. Nota:
1. Semua hidupan di alam ini boleh membiak.
2. Pembiakan ialah satu proses hidup yang membolehkan bilangan suatu jenis hidupan bertambah.
3. Pembiakan juga membolehkan hidupan mengekalkan zuriatnya.
4. Hidupan membiak dengan cara yang berbeza-beza.
5. Manusia membiak dengan melahirkan anak.
6. Haiwan membiak dengan melahirkan anak atau secara bertelur.
7. Tumbuhan membiak melalui biji benih,spora,batang,atau daun.
Cara Pembiakan Haiwan
1. Haiwan yang berlainan mempunyai cara pembiakan yang berlaianan.
2. Haiwan yang melahirkan anak biasanya merupakan haiwan mamalia.
3. Gajah,lembu,kucing,dan tikus ialah contoh mamalia darat yang membiak dengan cara melahirkan anak.
4. Ikan paus dan ikan lumba-lumba merupakan mamalia akuatik yang membiak dengan melahirkan anak.
5. Ikan yu yang bukan merupakan mamalia juga melahirkan anak secara hidup-hidup.
6. Bilangan anak yang dilahirkan oleh haiwan betina biasa tidak banyak.
7. Harimau betina biasanya melahirkan dua atautiga anak. Manakala gajah betina melahirkan satu anak setiap kali beranak.
8. Mamalia menyusu dan menjaga anaknya sehingga anaknya cukup matang atau boleh berdikari.
9. Gajah betina biasanya akan menyusu anak gajah selama 3 atau 4 tahun dan menjaga anaknya sehingga anaknya berusia 8 tahun.
10. Orang utan betina biasanya akan menyusu anaknya selama 2 atau 3 tahun dan menjaga anaknya sehingga anaknya berusia 5 tahun.
11. Haiwan dalam kumpulan serangga ,ikan,amfibia,burung dan reptilia membiak secara bertelur.
12. Berbeza daripada haiwan yang melahirkan anak, haiwan yang bertelur tidak menyusui anaknya.
13. Ikan dan amfibia bertelur dengan banyak di dalam air.
14. Serangga dan reptilia bertelur dengan banyak di darat.
15. Telur reptilia adalah bercengkerang manakala telur ikan dan amfibia tidak.
16. Penyu bertelur di pantai berpasir.
17. Penyu betina menyembunyikan telur di dalam lubang yang dikorek lalu menimbus lubang tersebut dengan pasir.
18. Penyu tidak menjaga telurnya atau anaknya yang berjaya menetas.
19. Haiwan dalam kumpulan burung pula biasanya tidak banyak bertelur. Misalnya helang hanya menghasilkan beberapa biji telur sahaja.
20. Burung bertelur disarangnya.
21. Setelah bertelur burung akan mengeramkan telurnya sehingga anaknya menetas.
22. Selepas itu burung akan menjaga anaknya dan mencari makanan untuk anak burung sehingga mereka boleh berdikari.
Tonton video ini
>>> https://www.youtube.com/watch?v=9ZBVz646zMU
4. Latihan;
Sila jawap soalan dibawah
>>> https://forms.gle/D8XE2cArHMHWYJbm9
Thank you
dlim edu