PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 [MINGGU 24]

 PDPR PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5 [MINGGU 24]

UNIT 2: SANTUN DI JALAN RAYA
SK: 2.0 MODUL BAHASA MUZIK
SP: 2.1 Nyanyian
1.1.2 Membaca, menulis dan memahami terminologi serta simbol muzik:
(i) piano ( p )
(ii) forte ( f )
2.1.4 Mengaplikasikan dinamik kuat (f) dan lembut (p) dalam nyanyian.

Objektif:

pada akhir pdpr ini murid dapat mengaplikasikan dinamik kuat dan lembut pada nyanyian.


Panduan Murid/Ibubapa;
- Sila rujuk Buku teks pendidikan kesenian tahun 5, m/s 11,12,13

Nota:
Expresi dalam muzik merupakan ungkapan fikiran dan perasaan yang diwujudkan oleh pencipta muzik atau oleh penyanyi, untuk disampaikan kepada pendengar.  Salah satu aspek penting yang mempengaruhi expresi dalam sesebuah persembahan muzik ialah dinamik.
Bunyi (volume) pada suara ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru.  Dalam muzik, kuat atau lembutnya sesuatu bunyi disebut dinamik.
 Dalam sesebuah lagu, simbol dinamik dituliskan pada bahagian-bahagian tertentu, bagi melakukan perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut. Penyanyi akan dapat mengenalpasti dalam bahagian mana lagu tersebut perlu dinyanyikan dengan kuat atau dilembutkan.  
Berikut adalah beberapa simbol dan istilah dinamik dalam persembahan muzik

 
1. Murid Dengar lagu santun dijalan raya
 Sila dengar lagu Santun dijalan raya ; https://www.youtube.com/watch?v=mzY-6tIBFlU
2. Murid menulis Simbol dinamik kuat dan dinamik lembut pada lirik lagu [diatas lirik] santun dijalan raya

3. Murid menyanyi lagu tersebut berdasarkan dinamik yang ditulis
[buku teks m/s 13]

Pentaksiran:
1. Penilaian adalah berdasarkan kebolehan murid untuk menyanyikan lagu berdasarkan dinamik yang ditulis
2. MURID DIMINTA UNTUK MERAKAM VIDEO PENDEK [30 SAAT-60SAAT] menyanyi dengan 3 keadaan dinamik [KUAT/SEDERHANA/LEMBUT]

SILA ISI KEHADIRAN MURID DISINI/BAWAH

https://forms.gle/ZcpURJrUgT956MsE8